21 August 2008

Kunjungan pertama ke Kroh...November 1986

Penghujung 1986, aku sudah meninggalkan Al-Arqam. Aku jual motorku yang satu waktu dulu hadiah dari ayah. Aku ingin mendalami agama di sekolah pondok sebagai mengakhiri perjalanan mencari ilmu. Dengan wang yang ada hasil menjual motor aku akan merantau jauh dari sini.

Pada ketika itu aku memikirkan, mungkinkah Ana sebagai gadis yang pertama dan terakhir bagiku.Sebelum aku menunaikan niatku untuk teruskan pengajian aku perlu berjumpa dengannya atau keluarganya.Aku perlu mendapat pandangannya.

Berbekalkan RM1500.00 aku ke utara. Pertamanya aku akan berjumpa dengan saudara jauh yang masih menetap di Kroh dan rakan-rakan sepermainan. Keduanya aku ingin bertemu dengan Ana. Aku sudah berjanji bahawa aku ingin bertemu dengannya. Dan Ana mengalu-alukan kedatanganku ke sana.

Pada ketika itu tidak tergambar riangnya hati, daerah yang lama telah kutinggalkan akan aku jejaki kembali buat pertama kalinya sejak ditinggalkan penghujung 1983 lalu. Aku bertolak dari Seremban ke Kuala Lumpur. Setelah membeli tiket aku ke Masjid Jamek Kuala Lumpur menanti malam menjelang. Di sana aku beriktikaf kerana bas yang akan membawaku ke utara akan bertolak pada jam lebih kurang 9.00 malam.

Aku tiba awal pagi di Kroh dan terus ke Masjid Iskandari. Aku beriktikaf di sana dan sebagai tempat berlindung sehari dua. Sebenarnya aku tidak mahu menyusahkan saudaraku dengan memberitahu bahawa aku mahu bermalam di rumah mereka. Aku sudah terbiasa tidur di masjid. Lagipun masjid ini punya kenangan manis pada diriku.


Di sanalah menghimbaunya kenangan sewaktu aku darjah 3 bermain di perkarangan masjid ini menyepak buah pinang yang gugur di laman masjid bersama-sama rakan sekelas. Aku tidak ingat berapa batang pokok pinang.Tapi buahnya banyak gugur di situ.Aku juga masih ingat ada tabuh besar dari batang kayu di simpan di masjid itu. Ada tiga orang lelaki Pakistan yang berdagang di Kroh tinggal di rumah berdekatan masjid. Aku selalu menemankan ibuku membayar hutang kain dari "Bai".Bila pulang ke rumah kami akan lalu pekan Kroh dan ibu akan membelikanku laksa yang disimpan dalam plastik lutsinar.Aku masih ingat, makan laksa macam menghirup ais menggunakan straw.Dan sejak itu aku jadi ketagih laksa...

4 comments:

  1. salam.. tak nak join gath ke..

    ReplyDelete
  2. salam ijad...mungkin lain masa kita ketemu....

    ReplyDelete
  3. salam ustaz
    terbaca tentang kedai 'Bai' jual kain. skrg kedai Bai di sebelah Maybank. kain yang dijual juga sentiasa laris. Bai tidak menjaga kedainya seorg diri sekarang. dia dibantu anak lelakinya. nak dekat raya ni ramailah yang serbu kedai Bai. sy selalu beli tudung kat situ : )

    ReplyDelete
  4. sunggguh ka?..mmm mungkin kunjungan kedua nnt nak singgah jugak.waktu sy ke sana disember 2006 dulu tak perasan pulak

    ReplyDelete

Aku sangat berterima kasih kerana anda sudi memberi komen dalam blog aku ini namun aku perlu memberi izin dahulu sebelum ianya kupaparkan.

Kembali menulis.

 Kembali menulis. Dalam usia yang telah mencecah 58 tahun, banyak nostalgia tidak lagi diingati dengan jelas dan tepat. Minat menulis masih ...